Selasa, 13 Ogos 2013


Pantun keluarga


Masak lemak dengan kelapa,
Kelapa dicari oleh Sang Kera;
Cintai ibu sayangi bapa,
Pasti hidup aman sejahtera.

Buah Naga masak merah,
Sedap dimakan oleh Bibah;
Dengan ibu bapa jagan marah-marah,
Takut di akhirat terima musibah.

Daun Pandan wangi baunya,
Boleh dibuat bunga rampai;
Tolong menolong sesama keluarga,
Hubungan erat ukhwah tercapai.



Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu;
Apa diharap masa hadapan,
Doa keluarga pohon restu.

Engkar dayang Sultan pun murka,
Menutup lubang di pohon kera,
Kenapa sayang bermasam muka,
Bisa abang menghapus lara.

Terbang debu di balik pepohon,
Jatuh rebah askar upahan,
Sayang ibu ingat pesanan,
Sayang abah patuh arahan.

 
Negara dijajah beralih kitaran,
Sabar menanti hadir purnama,
Cantik wajah bukan ukuran,
Indah pekerti syarat utama.



RENTAK PUTERI PENDEKAR SILAM,
KERIS BELIA LINCAH DILAYANG,
HATI GEMBIRA TERHAPUS KELAM,
JIWA MULIA SEMUA PUN SAYANG.